MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)PERANCANG KELUARGA MODEN

Thursday, 19 January 2012

Produk kecantikan

Salam 1 malaysia semua.


Kalau tengah tension k, boring k,,sila la jengah di laman katalog produk kecantikan yer....atau produk MAB...kalau berminat sms saya yer....TQ

Sunday, 15 January 2012

Azam Baru di Tahun Baru

Alhamdulilah...rasanya dah lama jejari ku tidak melangkar sesuatu di blog ini. Buat anakanda tersayang...semoga dengan kehadiran 2 hero mama, mama jadi makin semangat dan makin kuat untuk teruskan kehidupan ini..Mama tahu, kalian adalah rezki yang tidak ternilai dalam hidup mama.Moga di tahun baru ini, mama dan papa akan buat yang terbaik untuk anakanda berdua. Doakan mama dan papa semoga dimurahkan rezki ya sayang. Semoga Allah lapangkan rezki mama dan papa.Semoga Allah bukakan kami jalan untuk terus maju dan mengubah kehidupan kami kelak.

Buat suami tersayang, terima kasih kerana masih setia menyayangi diri mama. Mama sayang kalian berdua.. Semoga kita akan berusaha mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik dan lebih selesa.

Untuk kaum seangkatanku

Buat kaum Ibu dan Wanita di luar sana, jika anda masih tercari-cari "Family Planing", anda boleh mencuba produk ini...untuk tahu lebih lanjut anda boleh hubungi saya/sms di talian 0132644390.

Saya tahu perasaan anda...anak masih kecil, risau kalau-kalau "tersangkut" lagi, bukan nak menolak rezki Allah, tapi inginn memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian untuk baby yang masih kecil.Saya juga mengalami perasaan yang sama dengan anda.

Artikel di bawah mungkin kita boleh berkongsi bersama-sama.

TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : MERANCANG KELUARGA

Walaupun Islam sememangnya mahukan umat yang ramai akan tetapi di dalam beberapa ketika, dibenarkan bagi sepasang suami-isteri itu untuk merancang keluarganya.

Tanzim Al-Usrah ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut :

1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan , lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu.Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 233.

2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya , tidak berupaya untuk selalu bersalin.

3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan.

4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu , seperti keadaan susah dan miskin . Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ الخوف من الوقوع في الضيق بسبب كثرة الأولاد “ yang bermaksud : Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak.

5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit , dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh , ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar.

Apabila terdapatnya salah-satu daripada sebab-sebab di atas , dan ianya disememangnya disahkan oleh orang yang ‘alim di dalam agama , dengan kerjasama daripada seorang pakar perubatan yang amanah , maka Tanzim Al-Usrah ini harus dilakukan menurut pandangan Islam.
 


Semoga tazkirah ini, memberi kita sedikit sebanyak input,